Shuhada's Kampung
Monday, 25 March 2013 | 01:33 | 0 comments
Tumblr_mk155qytld1s96kbko1_400_large

Assalamualaikum, selamat sejahtera, salam Perak aman jaya dan salam satu Malaysia.
Alhamdulillah aku masih hidup dalam keadaan sihat sejahtera. Kau? Kalau sihat, Alhamdulillah jugak.
Yeah, let's begin my story. Shuhada's Kampung. Such a great moment.

    Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah mengikut Shuhada iaitu kawan saya untuk pulang ke kampungnya. *Erkk, pahal baku sangat nih? K k. Tukar tukar. Harini hari Isnin. Semalam kepada semalam kepada semalam hari Sabtu en? That Sabtu day, aku telah mengikut Shuhada untuk balik ke kampungnya yang terletak di LONDON. Oceyyy, terkezut tak? Haha, tak lawak pun. Kampung Shu dekat Beruas. Best. Banyak pokok kelapa sawit kat situ. Lol. Ayah Shu telah pun mengambil aku di rumah pada pukul 7.05 pagi. Gila tak awal? Awal kowt aku bangun, siap siap, dengan barang segala tak packing lagi. Alih alih bawak baju tak cukup. Ada ja yang tinggal. Kelam kabutlah katakan. 

  Sampai kampung shu dalam pukul 9 lebih macamtuh. Sampai sampai, terus pergi dapur, tolong tolong.  Sebab ada kenduri. Sepupu dia SUNAT. Dua orang. Comel comel jaa diorang ^^ That time aku dengan Shu pakai baju kurung. Bila tengok macam banyak ja kerja kena buat. Aku pun ajaklah Shu tukar baju. Dan dan jaaa, baju t-shirt yang aku nak pakai tuh lengan pendek dan aku terlupa nak bawak kadegan takpun inner. Terpaksalah buat muka tebal, pinjam inner kat maksu Shu. Nasib dia ada. Kalau tak? Dapat dosa free, tayang tangan aku yang cantik nih kat orang. Hoho. Lol. *CantikLahSangat. Just joke. 

   Dah siap semua, Shu ajak keluar rumah tolong kat luar pulak. Ada kerja, MESIN TEBU! Jyeah, seronok! First round tuh, aku tengok jaa dia orang buat kerja, sebab segan dan macam takda ruang untuk aku buat kerja mesin tebu tuh. Then bila masuk round kedua tuh, hoho. Berebut rebut dengan shu dan suhaila. Sepupu shu. Sebab nak masukkan tebu ke dalam mesin tuh. Lol gila. Seronok. 

  Dalam pukul 12 lebih tuh, The Kenduri pun start. Macam macam makanan kampung aku makan. Hoho. Kari ayam campur dengan batang pisang, asam pedas batang keladi, sambal belacan, tempoyak. Perghh, semua aku sebat. Well, kita duduk kampung kena bajet macam orang kampung. Tak semestinya duduk bandar tak reti makan ini semua. Errr, apa aku merepek? 

   Petang tuh lepas bangun daripada tidur dan solat, keluar dari rumah, makan jap. Then, ajak shu buat kerja sekolah kat pondok rumah nenek dia. Aku buat PJ, Shu buat BM. Lama lepastuh aku bosan. Ajak Shu pergi beli topup. Lagipun memang that time phone KOSONG gila kredit. Best gila, jalan naik motor. Shu bawak. Lama aku tak naik motor. 

   Dalam pukul 6 lebih macamtuh, bermulalah operasi membersihkan kawasan rumah nenek shu. Aku dengan shu basuh pinggan. Sangat mencabar. Hoho. Shu tak habis dengan EMO dia. Dalam pukul 7 lebih, tamatlah operasi basuh pinggan. Aku masuk rumah dulu, sebab dah nak masuk maghrib. Masuk bilik, mandi lepastuh solat. Shu masuk lambat. Ada hal dengan sepupu dia kat luar rumah. Malam, lepak lepak, siapkan kerja sekolah. 

  Esoknya, bangun dalam pukul 9 macam tuh, keluar bilik tengok diorang tengah hidang hidang makanan, ayah shu ajak makan. Aku cakap kejap nak gi gosok gigi jap. Lepas makan, gotong royong bersihkan rumah nenek shu. Aku dengan Suhaila, sepupu shu pergi petik lada. BANYAK GILA KOWT! Dah lah panas terik. Memang mandi peluh aku. Lepas siap segala kerja tuh, aiman sepupu shu jugak ajak pergi batu 26, beli barang dapur. Jyeah, naik motor lagi. Aku beli aiskrim kon dengan 100PLUS. Fuhhh, sedap gitu. Lol.

   Petang tuh, sebelum balik, pergi jalan jalan ngan shu. Yeah, seronok. Naik motor jalan dengan Shu, Suhaila dan Aiman. Mula mula pergi Batu 26, beli barang untuk budak budak yang sunat tuh nak roti ngan menda alah apa tah tuh. Sambil jalan, sambil snap atas motor. Mengganggu konsenstarasi shu bawak motor. Nasib tak jatuh. Hoho.  Buat kenangan :D

Mata Shu pandang jalan. 

Apalagi, sengal giloss.

SS. Means, Syok Sendiri.

Seriously, aku paling suka gambar ini ^^

Shu style ;)

Sementara menunggu Aiman beli barang kat kedai belakang tuh.

Tudung kami sangatlah SAKAI. *manataksakai. atas motor kowt.


Apa kena dengan Shu? LOL :p

Tu dia jalan. Memang nak kasi maut. Gila seram kowt. 


Usha video nih, haha. Sakai. Ada satu part, Shu nak terjatuh bila bawak motor. 
Anda boleh PAUSEkan lagu di bawah untuk mendengar dengan jelas apa yang diperkatakan.
Suara aku cam siottt -.-




Act, aku memang fail bab bab mengarang karangan nih. Maaf ah ayat membosankan dan tunggang terbalik. Hoho. K ah. Dah dekat 3 jam aku menghadap blog nih. Dok terfikir nak buat ayat cemana. Haha. Okay lah, mohon mengundur diri. Have Fun Holiday. Moga dapat siapkan Homework korang yang bertimbun. Lol. Kbyebye. :')

SEPUPU SHUHADA YANG BERNAMA
MUHAIMIN SANGATLAH 
HANDSOME. LOL XD


Older Post | Newer Post
Web Owner

 photo IMG_02951_zps0f873b25.jpg

Disclaimer





Talk-s

Navi
twitter facebook instagram