pengalaman. ala ala novel gitu. jetjetje.
Tuesday, 13 August 2013 | 11:12 | 0 comments
Assalamualaikum salam sejahtera, salam perak amanjaya. Oceyy, perak amanjaya dooo. Heee, gua dah sampai ipoh pukul 10 malam tadi. Alhamdulillah, perjalanan dirahmati Allah. Heee. Poyo en aku share cerita macam ni? Alah, lek ah. Saja nak kasi penuh ruang catatan. Ceit.
Actually, aku cuma nak share cerita poyo je nih. Alah, takpayah baca sampai habis lah. Tak best pun. Heee. K, start. Semalam, pergi kl sebelum balik ipoh. Kena pergi rumah cikda. Seorang diri ja dalam kereta dengan pakcik ejoy, cikda and baby rayyan comel. Hurmm. Pada mulanya, aku rasa gelisah gak. Resah semacam, tak sedap hati pun ada gak. Ye ar tengok muka pakcik ejoy macam horror semacam jaa.
Sampai rumah pakcik ejoy dalam pukul 11, lepak bawah jap, tengok tv. Then cikda ajak naik atas, masuk bilik, letak beg. Act, cikda ada cakap kalau nak turun bawah balik tengok tv pergilah. Erk, aku penat gila sebenarnya, duduk dalam kereta langsung tak tidur. Tah ah. Mata tak mahu lelap. Aduyaii. Bosan chorr duduk dalam kereta 4 jam. Jalan jem gila. Nasib baik pakcik ejoy guna jalan tikus. Bak kata cikda lah. Alah, jalan yang sempit gila kat tepi jalan tu. Haaa, buat buat paham je lah eh? Kalau tak guna jalan tuh, mahu 5/6 jam duduk dalam kereta. Fuhhh. K sambung cerita tadi. Then aku tak turun bawah tengok tv, sebab terlalu penat. Aku masuk bilik terus baring atas katil. Ngantuk plus penattt. Heee.
Keesokannya, harini lah. Hehe. Subuh, alhamdulillah berkat jam alarm yang disetkan oleh pakcik ejoy aku bangun untuk menunaikan solat subuh. Nasib baik ada. Kalau tak? Mahu kena qadar balik solat. Heee. Lepas solat, terus sambung tidur. Ngantuk belum hilang. Tapi, sebelum tu aku setkan alarm pada phone aku, pukul 8.05 pagi ingat nak bangun. Bangun awal lah katakan. Tidur punya tidur, ada lah jugak dengar alarm melalak, terus aku off then sambung tidur balik. Tak sanggup nak melepaskan bantal dan katil. Haha.
Bangun bangun terus tengok jam, 9.30am. Ya Allah! Lambat chorr aku bangun. Aaaaaaa, tidak! Apa punya anak dara ni bangun lambat. Mahu kena kutuk ngan 'deme'. Ahah, kutuk? InsyaAllah takkk. Aku baik weh. Haha. Lepas mandi siap pakai tudung bagai, turun bawah. KOSONG, SUNYI! Woi mana semua orang? Then nampak makcik a.k.a mak pakcik ejoy kat dapur, masak. Waaaa, mana mereka? Tak bangun lagi ka? Fullamak. Kira aku orang kedua terawal bangun ah ni kat rumah tu? Ceyyyy. Banggo. Then aku sarapan depan tv. Eh, chop, sebelum sarapan aku tolong makcik tu masak kat dapur. Nasi goreng. Aku kan baik. Eh? -,-
Petang dalam pukul 3 aku turun bawah, tengok tv. Tengah syok syok, khusyuk tengok channel HBO tetiba cikdem datang. Eh? Macammana cikdem boleh datang ni? Peliks --' K, maybe ada hal. Abaikan. Sembang sembang ngan cikdem then cikdem cakap dalam kereta ada kak zatul. Aku pun apalagi, terus ah pergi kat kereta nak salam kak zatul. Sembang sembang, tetiba kak zatul kasi duit raya. Fuyoooo. Haha. Then cikdem datang. Nak balik lah kowt. Tetiba kak zatul cakap "kakcik tak makan lagi, dia lapar, segan nak makan kat sini" WOI, manada aku cakap macamtu. Haish, mandai ja kak zatul ni. Then cikdem ajak pi makan kat luar. Makan KFC woooo. Ahaha. Lama aku tak makan KFC. Yeay! Seronok gila. Mana tak seronok, makanan dan aku tak boleh dipisahkan. Kami BFF. Takleh pisah. Lol
Balik dari keluar tuh terus naik atas kemas barang nak balik ipoh dah. Wuhuuuu, finally aku balik pun rumah. Dekat seminggu chorr tinggal. RINDU. puii. haha. Sebelum balik ipoh, pergi ambil atok dulu kat depan hospital sg buloh. Pak ngah tunggu kat situ. Pak ngah bersama keluarganya dan atok. Atok pun nak pergi ipoh gakk. Lepastu gerak lah ipoh. Pukul 10 gitu sampailah. K aku dah penat. Eh chop nak cakap. Tadi atok belanja BR kat R&R Tapah. Fullamak, sedap gila. Haha. K dah malas nak taip, mata dah kuyu, badan dah penat. Sampai disini je lah coretan aku. Puii. Serious gaya aku tulis macam novel kan? Ahaha, panjang bak hang, K ah bye. Assalamualaikum :)