Terengganu. Best trip ever!
Sunday, 29 September 2013 | 05:17 | 0 comments
Assalamualaikum. Holla hello holli! Okay, act aku takda mood nak cerita panjang dekat sini. And aku otak aku blank. Taktahu nak karang ayat apa. Maaflah kalau ada ayat tunggang langgang. Ceit, gilo bajet. Ehehe, k start. Well, before start cerita semua, nak jelaskan untuk apa trip to Terengganu ni. Hmm, seramai 20 orang guru, 20 orang murid yang pergi trip ni. Tujuan trip ni, untuk projek kluster sekolah. Semua yang pergi trip ni, semua Student Leader RPS. Tempat yang sebenar kami nak pergi, Sekolah Menengah Agama Atas Zainal Abidin (SMAASZA) Tahu sekolah ni? Taktahu search ah google ;) K, meh aku story satu satu cerita kami kat Terengganu.SABTU, 20/09/2013
Pukul 4:37 am, kami gerak dari sekolah pergi Terengganu.
In the bus. Before bas gerak.
Dalam pukul 8 or 9 lebih macamtuh, kami berhenti makan, breakfast dekat kedai mamak,
Time naik bas, nampak permandangan lawa lawa. Terus snap, snap snap.
Dalam pukul dua lebih kami berhenti makan. Lunch tepi pantai. Tak silap, this time kami dah sampai Terengganu. Hmm. Dah dah.
Lepas makan, kami reramai snap gambar,
Koma lawa seh.
Then, bas jalan. Dalam pukul 4 lebih, kami pergi Pasar Payang. Macam macam benda murah jual. Murah murah. Aku beli sikit ja. Tak mampu beli banyak banyak. Ceit. Seronok weh jalan kat dalam Pasar Payang sampai sesat. terpusing pusing kami tiga orang dalam pasar tuh. Cikgu bagi masa sampai pukul 6 petang kat sana. Gila lama weh.
gila, ss budak ni -,-
One jump, all jump. lol
This time, kami tengah tunggu bas nak balik. Dah penat shopping. So, we lepak for a while :D
Tak lama lepastuh, bas pun sampai. Naik naik bas, buat bising. Haha, then aku suruh Zunnur snap gambar gambar 'kotaraya' tuh. Poyo gila. Tah pape yang kami ambil. Act, cikgu pernah cakap time nak solat zohor, ingatkan kami semua nak solat kat Masjid Kristal. Tapi, tah. Bila kami sedar sedar ja, kami dah dekat depan Pasar Payang. Buat bodoh je lah. Then bila balik tuh, naik bas. Ada ah manusia manusia yang tanya cikgu, tak pergi Masjid Kristal ke? Then, cikgu cam bincang bincang dengan cikgu cikgu yang lain.
Then, suddenly cikgu kasi pengumuman. "Okay semua, lepasnih kita akan pergi melawat ke Masjid Kristal" Oh yeah! Semua bersorak gembira. Lol. Ajet gila ah. Then, kami sampai. Cikgu kasi masa setengah jam. Setengah jam ah sangat --'
Semakin jauh kami berjalan, semakin dekat ah kami dengan Masjid tersebut. lol. Kalau boleh, nak ja aku snap gambar sepanjang jalan nak pergi masjid ouh. Tapi, fikir kami nak kena rushing. Nak cepat. Haish --'
And this next picture is we, Koma, Kakcik and Zunnur. Student Leader 2BG. Ceit, poyoss. Kami comel. Serious tak tipu. Kah kah kah. Puih.
Gambar terbalik. Lupa nak rotate. Pandai pandai ah, terbalikkan laptop hampe semua.
Then kami, semua pelajar bergambar depan masjid. Penat doh aku posing. Dekat 5, 6 camera snap gambar. Terasa macam artis gitu. Perghh, gila poyos duhh. lol
Then, kami balik ke bas~
OMG, lupa rotate lagi. Atoyaii --'
Okay, byebye Taman Tamadun Islam ;)
Naik bas koma terus tarik aicond. kahkahkah.
Then, kami balik homestay. Well, fyi kami stay dekat homestay. Homestay, dari luar nampak macam kecik ja. 2 tingkat. Sekali masuk, perghhh. Apak besaq siot. Muat 40 orang tidur dalam rumah tuh. Katil sampai terlebih lebih. Banyak gila katil dalam rumah tuh. Empuk, lembut pulak tuh. Ada aircond lagi. Gila gempak ah. Aku orang first cop bilik ouh. Terus terkam katil. Ambil katil double decker yang bawah king, atas single ouh. Tahu macammana? Ala, buat buat je ah macam kome faham eh? hehe. Koma tidur atas. Aku dengan Zunnur tidur bawah. Koma tak habis habis nak tidur bawah, macam macam cara dia buat semata nak tidur bawah. Kata, sebab takut jatuh ah, itu ah ini ah. Ajet betul. Last last tidur okay aje kat atas ouh. Sengal. Dalam bilik kami ada 4 buah katil king. Muat 9 orang. Semua form 2 kongker. Kami ah tuh. Bilik sebelah, ada dalam 6, 7 katil gitu ah, muat 11 orang yang lain. Form 4 ngan Form 1. Boleh bayang tak besar mana bilik dia? Gila gaban besaq en? Hoho.
Lepas letak beg, borak borak jap, sementara insyirah, orang first chop bilik air mandi. Haha. Tetiba cikgu masuk, cikgu suruh pergi makan. Makanan dah siap kat bawah. Aku, Koma, ngan Zunnur malas turun lagi. No, act bukan malas, aku nak solat dulu baru turun. Kami tiga, turun paling lambat. Nasib makanan ada lagi. Tapi, sedih. Kami tak dapat merasa air oren. Tinggal ais batu ja. Kami terpaksa minum air mineral, letak air batu. Sadisss. Tapi kira okay ah. Makanan dia sedap gila oh. Aku, Koma ngan Insyirah tambah sampai dua kali. Muka tak malu. Buat apa nak malu, kami orang last makan. Then kami pun ambik ah banyak mana nak makan. Nobody cares. Lol. Aku makan sampai nak termuntah muntah, tak sanggup nak telan dah. Kenyang sangat. Haha, tamak sangat.
Then lepas makan, tetiba nampak akak akak f4 keluar rumah, tanya ah mana deme nak pergi. Diorang cakap nak pergi pantai. Ingatkan pantai yang gelap kat hujung homestay tu je. Then aku buat je ah endah tak endah, cakap aku follow nanti ngan f2 lain. Then naik atas. Tetiba Puan Raziah datang bilik, dia tanya nak pergi pantai tak, kena pergi ramai ramai dengan dia. Yeay! Tetiba semangat pulak bila Puan Raziah cakap pegi dengan dia, reramai. K cun. Siap siap ah.
Bila keluar rumah ingatkan nak pergi kiri, ke pantai hujung homestay. Rupa rupanya ke kanan, OMG! Salah. Patut ah semua Puan Raziah tak kasi orang yang lambat pergi sendiri, kena pergi ngan cikgu cikgu lain. Lahai, aku ngan zunnur ngan koma, langsung tak bawak duit. Adoyai. Time jalan ouh, lalu ah kat tepi jalan jalan raya besaq tuh. Kami jalan dalam line, two by two. Partner. Aku partner ngan Zunnur. Sepanjang jalan kami lalu tuh, ada ja mata yang menadang. Tambah lagi, bila lalu tepi kedai makan. Semua usha padat ja. Ahaha. Pelik mungkin.
OMG, lemak gua terserlah --'
Then, kami pun sampai pantai. Jauh gilak. Naik berpeluh badan aku. Penat penat --' Bila dah nak sampai, baru tahu nama pantai ni, Pantai Pasir Buruk. Pelik, aku tengok pasir dia lawooo je --'
Ceit, koma cun siot. Candid, candid
Kami pakat pakat susun selipar. Poyo gila.
Zunnur omey doh.
Koma tengah tulis something kat pasir. Tapi tak berapa jelas nampak --'
Gaduh, berebut kayu. Kahkahkah.
Perasan tak apa yang ada tulis kat pasir ouh? ILYA ;)
Fall in love with this,
and this photo. Much love <3
Act, kami ada record satu video ni, tapi takboleh pulak aku nak upload kat blog ni. Serious best gila video yang kami buat. Sengal. So sorry. Salahkan blog aku. Haha.
Selepas agak lama kami bermain di pantai. Cikgu ajak pi minum minum dekat kedai depan. CIKGU BELANJA. Ulang tulis, BELANJA! hohoho. Nasib baik, kami dah ah langsung tak bawak duit :DD
Then, we pesan pesan, order order minuman. Minum je lah, cikgu kata nak belanja minum. Yelah, lagipun kami dah makan pun kat homestay tadi nya puns. Tetiba time tengah order, cikgu kasi sotong celup tepung goren dengan keropok lekor. Perghh, sedap owh.
This kid name Azlin ;)
Seram pulak gua nengok muka budak sebelah Azlin ni --'
Selesai makan, kami pun pulang ke homestay :)
Merepek repek aku snap gambar --'
Ini pun jadi --'
Bak kata koma, ini rumah singgahan dia. Tapi tak boleh masuk sebab kunci hilang.
Bibik dia bawak lari. Gila bajet betul minah ni --' lol
Pada keesokan harinya, kami bangun awal pagi. Solat, mandi, sarapan, siap siap. Tepat pukul 8.15pagi, kami diwajibkan turun, berkumpul depan rumah. Sementara tunggu bas sampai, Puan Raziah kasi taklimat bagai. Kena berdiri dekat tengah panas panas ouh. Seronok oh. Haha. no no.
Tengah tunggu bas, duduk tempat teduh dulu. Panas weyh.
Zunnur, aku, Insyirah and Dayana :)
Terserlah muka tak matured aku, dengan kegendutan aku :3
Ink
Asal aku nampak tinggi ni?
Sebelah kiri Zunnur, nama dia Amalyia. Halah comel. haha
Tak lama lepastuh, bas pun sampai........
Muka muka SS gua dalam bas. Mohon baling telur.
Tak sampai sepuluh minit, bas kami pun sampai kat SMAAZA. Woahh, dari luar nampak kecil ja. Ceit, kecik ah sangat. Duduk dalam bas mengelamun, sedar sedar ja bas dah masuk dalam kawasan sekolah dia. Hahaha. Sorry sorry. K, bila kami sampai, kami disambut oleh PK dia dengan ada dua tiga orang pelajar sekolah tuh. Diorang pakai baju kaler kuning. Pengawas? Ya, pengawas. Then bila kami sampai, kami diarak masuk untuk ke Galeri Umar. Galeri sekolah tu. Gilaaa, terkejut gila bila masuk. Banyak gila owt awards diorang. Sekolah cemerlang lah, itu lah, ini lah. Teruja doh.
Lepastuh kami kena pergi padang sekolah dia. Dari jauh nampak ada beberapa orang pakai baju hitam, baju silat. Semua dah siap sedia. Then kami pun berdiri bawah khemah. Tengok diorang silat. Woahhh, kagum. Hebat hebat. Act, guwa ada record video silat ni. Tapi entah, blog ni buat hal. Takleh nak masukkan. Sorry ah ek? Heeee, peace :D
Done tengok silat. Ada sesi ambil gambar pulak. Ini ah part paling best. Aku kan suka bab bab gambar ni. Ceit, ajet nyee. Lol. Try ah search aku. Btw, yang baju batik kuning tuh, semua cikgu RPS. Lain lain tuh cikgu cikgu SMAAZA. The man yang pakai kot hitam, yang handsome sket ouh, yang duduk tengah tengah tuh, Pengetua SMAAZA :)
So, this ah manusia manusia yang silat tadi.
Selesai sesi bergambar, kami kena masuk bilik meeting. Duduk straight dalam barisan. Boleh tahan ah bilik mesyuarat diorang. Masuk masuk bau makanan. Then bila duduk, ternampak meja tepi pintu yang dipenuhi dengan trey makanan. Puyoooo. Perut bunyi pulak. Lol. Duduk dalam bilik mesyuarat, dengar ucapan, tengok slideshow then makan. Yeay! Makan! Wohooo. Makan NASI DAGANG. Gila apakk sedap siot. Teringat ingat aku sampai sekarang rasa nasi tuh :3 lol
Before we eat......
Annoying nya muka guwaaa :(((
Selesai makan... Kitorang pun kena gerak, keluar dari bilik mesyuarat.
Kena ikut pelajar kat situ round sekolah, melawat lawat. Serious best gila!
First, kitorang pergi melawat perpustakaan dia. Gila gempak!
Then kami masuk bilik bahasa arab. Bilik ni dalam perpustakaan tu jugak.
Masuk bilik ni, kami kena duduk kat meja. Setiap meja, tiga orang pelajar RPS, tiga orang pelajar SMAAZA. Ada sesi dialog. Macam macam aku tanya. Haha. Last last kena marah ngan Zunnur. Asyik aku ja yang tanya, dia pun nak tanya jugak. Baru dia nak bukak mulut, aku dah cakap menda lain kat akak SMAAZA tuh. Hahaha. Lol. Then, Zunnur touching. Hahahaa.
Dalam setengah jam, sesi dialog tuh dijalankan. Then habis masa. Kami takda banyak masa nak sembang lama, sampai 1130am ja masa diberi nak lawat kawasan sekolah tuh. Dah ah sekolahnya besar gabak. Memang tak ah, nak kata sempat -____-' K, then kami pun keluar.
Lepastu kami lawat bilik apatah namanya ni. Serious lupa --'
Lepastuh, kami gerak pergi usha asrama puteri SMAAZA. Arghhhh, best gila asrama diorang! Besar gabak. Lawa gila, kemas gila, gempak gila. No words can describe my feeling. Seronok amat.
Dewan makan diorang panjang gilaaaaa.
Sempat pose dengan diorang, Btw, they so cute owh ;)
Barang barang dalam bilik SEM. School Enrichment Model. Means bilik ni semua barang barang dia, pelajar sekolah ni yang cipta. Banyak gila. Teruja owh tengok. Tak sempat nak snap semua. Mana yang sempat ja ambil. Masa tak cukup.
Setelah sekian lama berjalan, melawat sekola ni, selesai ah sesi jalan jalan, melawat sekolah. Then kami nak atas, bilik mesyuarat balik. Time otw nak naik tu ternampak ah manusia manusia dekat hujung jalan tuh. Sempat lagi gua snap diorang. Hahahaha. Gedik gila --'
Masuk masuk tengok ce cikgu semua tengah dalam sesi diorang. Kami masuk terus duduk kat kerusi. Tak lama lepastuh tamat ah sesi guru guru. Pastu ada sesi kasi hadiah. Banyak gila RPS kasi buah tangan kat SMAASZA. Sempat gua snap sesikit.
Habis semua kami terpaksa cikgu cikgu pulak pi lawat sekolah. Haish, tension gila. Dah ah panas habaq hang. Satu kotak tisu tak cukup aku lap peluh. Haish, sabo je lew -,-
Sempat lagi gua pose maut. Gilak poyoss.
Zunnurain comel ;)
Koma ajet nerd. Haha. KomaCun ;)
Insyirah comel ;)
Sempat aku snap gambar Amalyia tengah termenung jauh. Halah comel. lol
Aku lagi gemuk, aku lagi tinggi. kahkahkah.
Next me, kakak kesayangan Ija ;)
Okay dalam sejam gak tunggu cikgu cikgu. Finally, selesai pun. Alhamdulillah. Tak sabar aku nak naik bas duduk bawah aircond. Hahaha. Sebelum balik, kami bersalaman dengan pelajar and cikgu SMAASZA.
Sengal gila. Sebelah, pelajar SMAASZA. She's so cute and ayu and sopan ;)
Sebelum naik bas. Ajett.
Them :)
Then kami pun balik ke homestay. Kejap je dah sampai homestay. Baru ja nak feeling dalam bas. Haish -,-
So, this is our homestay. Besar tak besar ah. Biasa ja. Tapi best ;)
Kami diberi masa setengah jam je nak kemas barang, angkut semua nak naik bas sebab kami dah lambat. Nak balik Ipoh. Lama doh. Time ni dah pukul 1:45pm gitu ah. Dalam tentetif program, citernye dekat SMAASZA sepatutnya kami habis pukul 12:30pm. Tapi sebab terlalu banyak aktiviti kat sana sampai terlajak masa. Thats why ah kami kena cepat. Aku, Zunnur ngan Koma jadi orang paling last naik bas. Lambat kowt kami siap. Haish. Sedih betul. Kelam kabut chorr. Nasib takdak barang tinggal. Alhamdulillah :DD
Duduk dalam bas, snap ah gambar gambar area Terengganu ni. Buat memories gitu. Halahai.
Dalam pukul 4 lebih bas berhenti kat masjid ni. Solat. Lawa gila masjid ni. Siap ada lif bagai. Besar pulak tuh. Sumpah lawa. Tak tipu.
Koma letih sangat. Tidur aja kerjanya -,-
Apakah -______________-''
Kacau koma. Haha. Koma lawa owh.
I really love this wacth :*
Koma suka tidur. Pantang bas jalan, terus lentok -__-
Okay then. Dalam pukul satu empat puluh lebih pagi kami pun sampai RPS. Alhamdulillah, finally sampai pun Ipoh. Time dalam perjalanan kami nak balik sini, macam macam cabaran dan dugaan kami tempuh. Dengan bas rosak lampunya, ada macam macam bau dalam bas lah, itulah inilah. Akhirnya kami sampai jugak. Seronok gila. Macam macam kenangan dan pengalaman gua dapat. Thanks to Puan Raziah sebab sudi bawak kami pergi Terengganu. THIS IS THE BEST TRIP EVER!
The moment bila bas dah sampai RPS, dan tempat letak barang dah kosong.